top of page

Insurans Ini Adalah 'Love'

Writer: Alif AzmirAlif Azmir

Datin Norhayati atau mesra dipanggil sebagai Kak Yati pernah bersama dengan Hong Leong Assurance Malaysia selama 12 tahun sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya dengan KL Mohan pada tahun 2016 sehingga sekarang. Tetapi ramai yang tidak tahu Datin Norhayati pernah menjadi seorang pramugari Malaysia Airlines sebelum menceburi industri insurans.


Untuk mengetahui lebih rapat tentang rahsia disebalik kejayaan Datin Norhayati, mari kita ikuti temubual eksklusif bersama dengan 19 kali penerima MDRT dan 2 kali COT yang membawa beliau dinobatkan sebagai Lifetime MDRT Member.



Gambarkan diri anda dalam satu perkataan dan huraikan kenapa?

I am very passionate and I think a bit honest in this line. Saya rasa bidang insurans ni menjadi bidang yang passionate bagi saya. Every time saya jumpa orang saya akan bercerita pasal insurans, kenapa dia memerlukan insurans. So, I memang ghairah apabila berbicara pasal insurans. To become passionate in this line you have to be honest because you akan educate dia dengan cara you yang tersendiri which is honesty tu mesti ada. You kena ikhlas, you kena terangkan seikhlas-iklasnya kepada client you apa itu insurans so that in the future tidak akan ada perbalahan.

Apa yang memberi anda semangat untuk mencapai matlamat anda?

First of all, ia bermula daripada satu claim yang Kak Yati buat and that was 19 years ago. So, this claim betul-betul membuatkan Kak Yati tersedar bahawa kita sebagai individu memerlukan insurans dimana kita memerlukan satu protection untuk menjaga keluarga kita. 19 years ago, I had 2 incidents whereby satu famili yang tidak ada insurans dan satu famili yang ada insurans. Dimana bila saya buat claim (famili) yang ada insurans so saya nampak disitu keluarga especially mak dia memang sedih sangat (sebab) anak meninggal, siapa tak sedih betul tak? Another week after that, bila Kak Yati datang membawa cek kepada beliau dan beliau menangis.


Saya dapat rasakan dia menangis kerana (walaupun) dia rasa kehilangan anak, tetapi dia ada sesuatu yang boleh digunakan in the future iaitu wang yang ditinggalkan oleh anaknya dalam segi insurans. So, the other party pernah Kak Yati approach dia untuk mengambil protection tetapi dia tak ambil. Then it happens that dia kena strok dan tidak ada income protection yang dapat membantu dia dimana isteri dia terpaksa keluar bekerja. Anak-anak dia terpaksa bertukar dari sekolah private kepada sekolah kerajaan. Maknanya dia punya lifestyle sudah berubah. Disitu membuatkan Kak Yati teruja dan benar-benar nak buat insurans (disebabkan) daripada dua senario ini.

Bagaimana anda bangkit semula disaat kejatuhan anda?

Motivate Kak Yati untuk bangun balik adalah apa yang Kak Yati nak dalam hidup ni. Kita tak boleh bila kita down kita terus tak nak kerja. Sebab kita ada periuk nasi dan ada commitment yang nak kena tanggung. Saya ada anak, saya ada commitment saya, saya rumah ada kereta nak bayar. So those things semua yang membuatkan saya bangun kembali. Those things yang membuatkan saya tak perlu fikir ‘down’ saya. Kalau saya down sekejap sahaja. Tapi benda-benda tu akan membuatkan saya bangun balik dan terus bekerja.

Siapa yang memberi impak positif dalam hidup anda?

Yang selalu memberi saya impak positif untuk meneruskan lama dalam bidang ini adalah apa yang saya nak sebenarnya. Ini semua datang dalam diri saya. Apa yang saya nak dalam hidup saya dan apa yang saya suka. Macam saya cakap mula-mula tadi, insurance is my passion. I memang suka bercerita pasal insurans dan educate others about insurans. Everytime I go and see my friends pun I akan bercakap pasal insurans. I jumpa siapa duduk sebelah saya pun saya akan cakap pasal insurans. Itu dah jadi macam passion saya. Terutama diri saya dan keduanya dah tentu saya punya peers especially my boss, Manmohan.


Dia selalu berada dengan saya bila saya sedih ke saya frust. Kita memang ada ‘slum time’ kita like being rejected. Kadang-kadang bukan rejected by this industry, but rejected by others like kita punya personal life. But I do have somebody whereby I trust, yang kita tahu dia pun trust kita, dia care for us like Mr Mohan. I memang akan bangun kembali, bila dia bagi nasihat je saya terus “okay tak perlu fikir benda-benda lain”, fikir kita punya hala tuju apa yang kita nak dalam hidup ini, itu sahaja. And then of course my friends, my agency, my agents, so mereka tu semua memberi kesan positif pada saya.

Kongsikan moto hidup anda dengan kami.

Hidup ini singkat sahaja. Kita tak tahu bila kita akan pergi jadi gunakan lah sepenuhnya. That’s my motto.

Jika anda seorang 'superhero', apakah kuasa yang ingin anda miliki?

Everytime I jumpa each of the individual on this earth, I cakap je pasal insurans dia sign. I nak mereka faham dan tak perlu berfikir banyak sangat betapa pentingnya protection ini pada hidup mereka, pada keluarga mereka. Saya nak bagitahu yang insurans ini adalah ‘love’. Kasih sayang yang mereka bagi pada keluarga mereka. Tak payah nak berdolah-dalih ambil terus sign je.




 
 
 

Comments


bottom of page